Monday, February 2, 2009

Menara Cupcake untuk Doorgift





Tepat jam 9.00 pagi tiba di Ball Room Toh Puan Raha, Sampai di sana terus mencari pasangan pengantin, tetapi hanya dapat bertemu dengan hubby saly yang kebetulan pada waktu itu beliau berada berdekatan dengan pelamin, Selepas beberapa minit baru kelihatan saly heeemmm lega...... discuss di mana nak letak meja cupcake. Tugas pertama cari meja wedding yang nak meletakkan wedding cake dahulu sebelum saya pergi ke tugas ke dua saya. Untuk tugas pertama ku serahkan pada anak-anak ku untuk menyusun wedding cake dan menabur ros petal semua, siap sahaja mereka semua terus ke tugas ke dua membantu saya dan suamiku menyusun cupcake pulak yang tinggi tu, saya nak meletakkan yang di atas sekali terpaksa terangkat kaki, nasib baik suami tercintaku ada bersama membantu senang sikit di capai di atas tu. Kira-kira satu family ler turun padang untuk mengerjakannya. Selesai semua jam 11.00 Saly suruh kita makan dulu tu sebelum balik tetamu belum sampai lagi kira-kira yang org bertugas tu mkn dulu ler .... malu sebenarnya, ku..... Sampai rumah....memasing terus tidur balik sebab malm tu tidur lewat sampai pukul 2 pagi tanya Sofea dik apa rasa dik, dia jawab penatnya macam seminggu tak hilang tapi menyeronokkan tanya dia balik adik rasa nak sambung kerja-kerja ibu nie nanti tak bila ibu tak ada... dengan selamba dia jawab entah yeh.... kalau kak long dan abang ngah rajin tolong adik boleh ler.... sebab kak long creative bole byk bagi idea deko, abang ngah pulak setakat buat kotak-kotak aje bole ler.... padan muka abg ngah adik pun perasaan dia suka curi tulang Apa-apa Ibu amat menghargai pertolonganmu semua setinggi-tinggi jutaan terima kasih pada anak-anak ku dan darlingku.. Oppp.... lupa pulak terima kasih pada adik ipar ku juga si Maria yang bertungkus lumus membantuku pada malam tersebut.... ku perlukan bantuan mu di masa-masa akan datang ya... So happy viewinglah ya..... semua!!! Saya suka pelamin nie cantik & simple mesti bila pengantin ada sekali bertambah cantik kan.... sbb saya terserempak dengan Pengantin lelaki semasa nak keluar balik dengan membawa baju pengantin white & gold, wah saly lepas nie kirim gambar pengantin ya jangan lupa akan ku letak kan di sini.. nice to meet you dear...


No comments:

È