Wednesday, December 23, 2009

Red Roses & White 1

Dalam kesibukan minggu merah/putih nie, saya merasa sedih teramat sangat semasa penghantaran kek ini berlaku perkara tak di ingini, menyebabkan keadaan kek nie tidak seperti asal, kerana berlaku perlangaran sehinggakan menyebabkan kedudukan kek telah berubah kerana brek emergency, kalau anda perhatikan kek di bawa sekali itu kurang kemas dari sebelumnya. Sebelum sampai ke destinasi hati berdebar-debar risau teramat sangat, suami ku seperti biasa cepat menyuruh saya call customer bagi tau keadaan sebenar kenapa lambat.
saya tetap dengan pendirian saya, tidak akan menalipon pihak pengantin selagi saya sendiri tidak berjumpa pihak pengantin, kerana saya amat menjaga hati customer, juga kualiti produk. Setiba di Dewan, dengan tenang saya memberi salam, dan terus bertanyakan pengantin ada ke tidak di situ, tetapi yang menanti kehadiran saya pada waktu itu hanya rakan-rakan beliau, bertambah berdebar-debar hati tak sabar nak memberi tahu keadaan sebenar yang berlaku. namun saya tetap sabar tanpa menujukkan reaksi yang gementar pada hal dalam hati tuhan sahaja yang tahu bertapa risaunya saya.

Kebetulan adik beliau sampai ke dewan, setelah menerangkan keadaan sebenar, adik beliau telah memberi idea2 yang bole saya ikut, cuba akak buat gini buat gitu, untuk mencantikkan kedudukan kek kepada asalnya. Aduhai... baiknya awak semuanya....Akhirnya saya dapat bercakap dengan pihak pengantin sendiri, namun apa yang saya terima di luar dugaan, beliau menyambut dengan nada yang terlalu melembutkan hati saya, ... sayu betul saya, Terima kasih En. Subky dan Isteri.

Sebenarnya ini merupakan tempahan yang kedua dari En. Subky melalui saya sebelum adik beliau. dan komen semasa order untuk adik beliau, komen nie sebenarnya dari HP saya retaip semula, sekiranya En. Subky membaca article ini, terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada anda sekeluarga.
"Puan, just wanna say that the wedding cake was delicius n beautiful. thks n hope my wedding cake will be even better!"
Msg 20/06/09



7 comments:

Sweet Ummi Bakery aka Ummi Eyna said...

salam kak...
eyna pernah kena kejadian gini.... masa nak hantar kek...tempat tu lak jauh ler jugak.... dok dlm keta terentak jer... bergerak kek tu... sabar kak... tapi kek akak still cantek,....

Anonymous said...

Saya pulak bila jadi mcm ni, saya hanya akan ambil dari customer duit modal saya je...saya tak minta dia bayar...sbb nti jiwa sy tak tenteram...kdg2 tak lah sampai rosak, cuma bila deco tak berapa menepati pun, sy tak ambil duit pun....

Nazz Cheryn said...

cantik laaa kek ni, sweet....bunga ros merah tuh fresh flower ke kak???bape RM ye...if nk buat 5 tingkat plak bape RM ek...apa inti kek tuh?kek buah ke ape yer....luar fondant kan...

MCC said...

Salam Cheryn, Kek itu bukannya fondan tetapi buttercream yang lembut, dalam Chocolate Vanila, dan Strawberry nak 5 tingkat kena datang umah discuss,

MCC said...

ITu lah bila fikir-fikir sedih kan,sebab tu penghantaran memang membawa risiko yang besar. seboleh mungkin kak mis yang akan hantar bukan delivery boy. tapi nak terjadi kan.

MCC said...

Kalau teruk sangat bukan kak mis bagi free, kena pulang terus duit, dan jangan letak di atas stage malu beb... ku jadui macam tu hehehe.

AZLINA UZIR said...

ok je kek tu kak miss.. sy pon pernah gak kene.. kek sliding lg.. huhu.. sib la rumah pengantin x jauh dr rumah sy.. sempat balik.. n ising kek semula.. yg plg x beh biler org lain yg bg reaction terlebeh dr pengantin..

È