saya tetap dengan pendirian saya, tidak akan menalipon pihak pengantin selagi saya sendiri tidak berjumpa pihak pengantin, kerana saya amat menjaga hati customer, juga kualiti produk. Setiba di Dewan, dengan tenang saya memberi salam, dan terus bertanyakan pengantin ada ke tidak di situ, tetapi yang menanti kehadiran saya pada waktu itu hanya rakan-rakan beliau, bertambah berdebar-debar hati tak sabar nak memberi tahu keadaan sebenar yang berlaku. namun saya tetap sabar tanpa menujukkan reaksi yang gementar pada hal dalam hati tuhan sahaja yang tahu bertapa risaunya saya.
Kebetulan adik beliau sampai ke dewan, setelah menerangkan keadaan sebenar, adik beliau telah memberi idea2 yang bole saya ikut, cuba akak buat gini buat gitu, untuk mencantikkan kedudukan kek kepada asalnya. Aduhai... baiknya awak semuanya....Akhirnya saya dapat bercakap dengan pihak pengantin sendiri, namun apa yang saya terima di luar dugaan, beliau menyambut dengan nada yang terlalu melembutkan hati saya, ... sayu betul saya, Terima kasih En. Subky dan Isteri.
Sebenarnya ini merupakan tempahan yang kedua dari En. Subky melalui saya sebelum adik beliau. dan komen semasa order untuk adik beliau, komen nie sebenarnya dari HP saya retaip semula, sekiranya En. Subky membaca article ini, terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada anda sekeluarga.
"Puan, just wanna say that the wedding cake was delicius n beautiful. thks n hope my wedding cake will be even better!"
Msg 20/06/09