Thursday, February 19, 2009

Goldish cuppies


Ribbon Fondant with Silver Pearl Flower



Simple Deco Turquoise Blue


Aduhai.... Mis's Creative Cakes betul-betul kekeringan idea untuk mendeco hari ini, termenung panjang mengadap sebiji cake ini begitu lama tak timbul-timbul idea mengapa .... mengapa .... dan mengapa ....!!! Saya sendiri kehairanan, sedangkan selalunya bila mula pegang nozel sahaja dah terbayang gaya corak bagaimana nak di ilustratkan pada sebuku cake...... sudah.... ??adakah saya sudah kehilangan mood untuk mendeco pada waktu ini, tak mungkin...tak mungkin.... kenapa ya.???

Nampak gaya Mis's Creative Cakes sudah tak creative nie...namun bila ku renung-renung lama cake ini... baru ku ingat memang betul mood saya memang tiada dek kerana cerita Indonesia "INTAN" jam 11.00 mlm tadi. Siapa yang mengikuti cerita itu mesti faham jalan cerita, Saya sedih sebab RADO teman lelaki Intan sudah buta mata sekarang. RADO ini seorang yang baik selalu membantu Intan bila ada kesusahan kerana Rado tidak mahu melihat kesusahan Intan.... sedih pula nak cerita ikutilah sendiri ya... tayangan setiap hari Astro 105 sekarang nie ceritanya agak sedih.

Ha... mood memainkan peranan penting dalam segala situasi sedih/marah dan sebagainya. Itu sebab Mis's Creative Cakes dah tak jadi creative lagi lah nie, deco di bawah tu pada pandangan saya yang agak kurang memuaskan hati saya. sedih....sedih.... walaupun ku bagi discount pada customer namu hati ini masih tak puas hati kerana kekurangan tarikan cake ini.

Apa pandangan anda, ku memerlukan pandangan Ikhlas dari anda semua, saya menerima segala teguran dengan hati terbuka, jangan risau saya tidak berkecil hati dengan teguran anda semua. kerana ini akan menjadikan semangat saya lebih berhati-hati untuk memperbaiki segala kesilapan saya.

Wednesday, February 18, 2009

Silver Grey Cupcakes







Monday, February 2, 2009

Menara Cupcake untuk Doorgift





Tepat jam 9.00 pagi tiba di Ball Room Toh Puan Raha, Sampai di sana terus mencari pasangan pengantin, tetapi hanya dapat bertemu dengan hubby saly yang kebetulan pada waktu itu beliau berada berdekatan dengan pelamin, Selepas beberapa minit baru kelihatan saly heeemmm lega...... discuss di mana nak letak meja cupcake. Tugas pertama cari meja wedding yang nak meletakkan wedding cake dahulu sebelum saya pergi ke tugas ke dua saya. Untuk tugas pertama ku serahkan pada anak-anak ku untuk menyusun wedding cake dan menabur ros petal semua, siap sahaja mereka semua terus ke tugas ke dua membantu saya dan suamiku menyusun cupcake pulak yang tinggi tu, saya nak meletakkan yang di atas sekali terpaksa terangkat kaki, nasib baik suami tercintaku ada bersama membantu senang sikit di capai di atas tu. Kira-kira satu family ler turun padang untuk mengerjakannya. Selesai semua jam 11.00 Saly suruh kita makan dulu tu sebelum balik tetamu belum sampai lagi kira-kira yang org bertugas tu mkn dulu ler .... malu sebenarnya, ku..... Sampai rumah....memasing terus tidur balik sebab malm tu tidur lewat sampai pukul 2 pagi tanya Sofea dik apa rasa dik, dia jawab penatnya macam seminggu tak hilang tapi menyeronokkan tanya dia balik adik rasa nak sambung kerja-kerja ibu nie nanti tak bila ibu tak ada... dengan selamba dia jawab entah yeh.... kalau kak long dan abang ngah rajin tolong adik boleh ler.... sebab kak long creative bole byk bagi idea deko, abang ngah pulak setakat buat kotak-kotak aje bole ler.... padan muka abg ngah adik pun perasaan dia suka curi tulang Apa-apa Ibu amat menghargai pertolonganmu semua setinggi-tinggi jutaan terima kasih pada anak-anak ku dan darlingku.. Oppp.... lupa pulak terima kasih pada adik ipar ku juga si Maria yang bertungkus lumus membantuku pada malam tersebut.... ku perlukan bantuan mu di masa-masa akan datang ya... So happy viewinglah ya..... semua!!! Saya suka pelamin nie cantik & simple mesti bila pengantin ada sekali bertambah cantik kan.... sbb saya terserempak dengan Pengantin lelaki semasa nak keluar balik dengan membawa baju pengantin white & gold, wah saly lepas nie kirim gambar pengantin ya jangan lupa akan ku letak kan di sini.. nice to meet you dear...


Garden Cupcakes





Wednesday, January 14, 2009

Pameran Pengantin 2009

Pengalaman yang manis, dan menyeronokan dari pagi sampai malam tak dapat duduk, namun bila ramai customer datang penat pun hilang, suara hilang sebab bercakap benda yang sama berulang-ulang utk menerangkan apa yang keistimewaan Mis's Creative Cake pada waktu itu. Promotion-promotion yang kita ada, hadiah yang istimewa bagi pengujung bertuah. Seronok tengok telatah customer. macam lah kalu nak di ceritakan di sini. Apa pun memang menyeronokan lah walaupun penat. Nie lah dia sebahagian gambar-gambar sempat di ambil.


Ya... tu dia Jasmeen yang sentiasa mengikuti kemana saya buat event pembakara semangat saya tau Jas.

Tu dia Suzinor pun hadir memberi sokongan, terima kasih Suzi.


Ramai yang meminati cake nie, betul ke cake hahhahaha


Sebahagian dari sampel-sampel cake yang di pamerkan

Sebahagian cupcake yang di jual pada hari tersebut. Sebenarnya kita pun ada menjual Cheese cake (Strawberry Cheese dan Oreo Cheese) laris you....

Sofea sedang melayan selebrity yang datang ke booth kami. seronok sangat dia melayan artis tu sampai tersenyum-senyum Mummy roz di hujung tu....
Voucher Mis's Creative Cakes
Nak tau jawapan kena beli dulu baru tau jawapan voucher tu hehehehe.....

Kena pergi menepung tawar you.... jangan mareeee hehehe....

Kalau dah nama Pameran Pengantin, mesti kena ada pengantin baru real betul tak....!!

Wednesday, December 31, 2008

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2009

Untuk pertama kalinya Mis's Creative cakes melibatkan diri ke Pameran Pengantin Malaysia 2009. Di jemput semua hadir ke booth No 5. Sokongan anda semua saya ucapkan berbanyak-banyak jutaan terima kasih.




Sunday, December 21, 2008

CLASS FONDANT & SUGAR BOXS


Tuesday, December 9, 2008

BUBBLICIOUS


Yelow roses tops moist chocoalte cake covered with butter icing, and studded with vanilla icing.


Warna pastle memang kegemaran ku, kelihatan mudah buat deco bubles nie kan, tetapi sebenarnya agak rumit dan memenatkan namun saya suka outcomenya.

Monday, December 8, 2008

5 tiers cupcakes



Vanilla cupcake with buttercream and fondant flowers

SOFT BLUE DELIGHT





HONEY BEAR


TRUE LOVE




MCC cupcake tier # 1



È