Tuesday, April 7, 2009

Persekitaran Event Pengantin Ampang Point 2 - 5 April 2009


Selesai sudah Event di Ampang Point, Terima kasih pada rakan-rakan blog yang sempat menghadirkan diri ke gerai saya tanda support di antara kita bersama, mana yang tak sempat nak ambil gambar tu harap maaf, kekadang tu dalam nak melayan teman-teman blog ada pulak kehadiran customer yang lain so terpaksa tertangguh perbualan kita, namun ku cuba juga curi-curi melayan teman-teman ku yang hadir sambil melayan customer yang hadir. Terharu bila tengok rakan-rakan yang hadir memberi support, terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang hadir ke gerai saya.

Ada juga yang saya tidak mengenali tetapi hadir mengenalkan diri sambil memberitahu selalu menjenggah blog saya, terima kasih saya ucapkan kepada Fan saya. Saya doakan juga untuk semua Fan saya akan maju kehadapan dan di murahkan rezeki hendaknya.
Note : Ini merupakan kali ke dua saya menyertai event sebegini yang berlainan organizer, saya nasihatkan kepada rakan-rakan semua yang ingin melibatkan event sebegini berhati-hati memilih organizer, check dulu background organizer untuk mengelakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Puan Raudah dan Puan Fiza dari http://www.chiquecakes.blogspot.com/

kalau tak silap "Inasaly" dari http://inasalybakery.blogspot.com/nie kan sekiranya silap harap perbetulkan ya hehehe.... suami di kereta terkejar2 mencari gerai saya semata-mata nak berjumpa saya, Ya Allah nak mengalir air mata terharu bila mendengar kata-katanya, Terima kasih tak terhingga Ya Allah kau berikan rakan-rakan ku sebegitu sporting walaupun diriku tak mengenalinya dari dekat hanya dari alam Cyber. Saya amat bersyukur menerima kesemua kehadiran rakan-rakan.

Heehehhe.... lupalah nama dah ramai-ramai nie.... harap dapat memberi nama ya.... sedihnya terlupa nama nie... aduhai apa kena Mis nie ya....



Customer nie order wedding cake 3 tier terkejut saya selang beberapa jam datang kembali ke gerai saya nak mengoder untuk adiknya pulak 3 tier wedding cake juga.


Assistant ku siapa lagi kalau bukan my lovely doter hehehe... "SOFEA" tak jemu-jemu membantu, bila badanku dah penat saya cakap adik hari nie kita tutup gerai awal lah ya apa dia jawab "ibu tunggu lah jangan cepat sangat tutup, nanti customer nak tengok gerai dah close" kuat betul semangatnya nak membantu ibunya, kalau SOFEA tiada patah kaki juga saya sebenarnya. Kakak dan Abang hanya membantu angkat barang-barang aje lah ... untuk di counter pemalu orangnya.



nice to meet you sally http://inasalybakery.blogspot.com/



Peminat cilik



Heeheh apa agaknya yang di khabarkan oleh ct Aidah dari http://mamabakers.blogspot.com/ sehingga saya tergelak besar ....!!




Siapa artis nie ya nama pun kurang pasti..... ????
Terima Kasih Jasmeen memperbetulkan on namanya "Maria Faridah" ya punya lah tidak mengikuti perkembangan, Ayu Jelita dia nie ya.




Peminat cilik


Seronok ya En. Abg nak beri Miniture cake di hari wedding nanti.


Ha... pilih kak jangan tak pilih dah tinggal sikit dah tu, nanti kehabisan kempunan tak beli pulak ... itulah kata-kata anak ku SOFEA heheh melariskan jualan cupcakenya


2 comments:

Jasmeen HomeDelight said...

nmpk mcm meriah sungguh la kakmiss...congrate...bila la nak smpi tahap mcm kakmis nih...hehehhe..x daya daku...
itu maria farida la kak...hihi..
br ler nmpk jelas muka inasaly...:)

Buck said...

Syabas Kak Mis :)

È