Wednesday, October 12, 2011

Kek Hantaran Classic Silver

Tuesday, October 4, 2011

3 tier cake - Pink & White

Cupcake tier Royal Blue & White

Thursday, September 22, 2011

Thursday, July 28, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan salam ramadhan kepada semua muslimin & muslimat. Semoga Ramadhan disambut dgn penuh keinsafan dan adalah yang terbaik yang pernah kita kerjakan, InsyAllah. tingkatkan ibadat kita di bulan yg mulia ini.. Semoga segala doa dan ibadat kita diterima Allah S.W.T.. Ameen..

Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
 Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Wednesday, July 27, 2011

Berita KOSMO - Peserta luar kuasai cabaran - Monday, July 11, 2011

PARA peserta bergambar bersama Chef Liza (berdiri enam dari kanan) dan Stella (berdiri lima dari kanan) pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Selatan di Giant Tampoi, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU – Kalangan pemenang pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Selatan dibolot oleh peserta luar apabila wakil dari Pulau Pinang, Norulsakinah Mohammad Hanan dan peserta dari Kuala Lumpur, Misliha Juki dinobatkan selaku juara kategori biskut dan kek di pasar besar Giant Tampoi di sini semalam.

Norulsakinah yang menempuh perjalanan lebih 800 kilometer dari Butterworth, menewaskan 14 lagi pesaing apabila Biskut Kerang Mutiara Daisy ciptaannya berjaya mencuri hati empat juri yang diketuai oleh Chef Liza Zainol dan anaknya, Chef Azrin Zainol serta dua wakil Kosmo!, Stella Abdullah selaku Pengurus Iklan Kosmo! dan Pengarang Rencana Kosmo!, Najibah Hassan.

Misliha, 46, yang merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat di Kuala Lumpur pula menjuarai kategori kek apabila taruhannya, Kek Keju Lemon Chocolate Rice Daisy mendapat markah tertinggi.

Misliha giat berlatih buat kek
Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
27 JULAI 2011

MISLIHA membuat persiapan bahan-bahan yang akan digunakan bagi membuat kek resipinya menjelang Cabaran Daisy Sehebat Chef 211 peringkat akhir di Kuala Lumpur semalam.
-------------------------

KUALA LUMPUR – Kesibukan bekerja bukan halangan bagi Misliha Juki, 46, untuk membuat persiapan rapi menjelang Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat akhir yang berlangsung di Plaza Shah Alam, Selangor Ahad ini.

Menurut Misliha, selepas pertandingan di peringkat Zon Selatan, dia tidak sihat namun tetap bersemangat membuat persediaan dengan mengadakan simulasi pertandingan akhir di rumahnya.

“Semasa pertandingan nanti masa diberikan kepada peserta hanya dua jam sahaja untuk menyediakan resipi masing-masing.

“Saya membuat persiapan ini supaya dapat menghasilkan resipi dalam tempoh masa yang ditetapkan itu,” katanya di sini semalam.

Misliha yang bekerja sebagai setiausaha syarikat di ibu negara berkata, dia yang akan tampil dengan kek resipinya yang sama ketika peringkat Zon Selatan, Kek Keju Lemon Chocolate Rice Daisy mengakui masih mencari idea untuk menghias kek tersebut kerana pada peringkat akhir peserta perlu mengikut tema Hari Raya Aidilfitri.

Biru dan hidupan laut warnai Zon Selatan
Monday, July 27 2011
KOSMO

COMEL. Biskut air tangan Norulsakinah berbentuk kerang yang dihasilkan bagi mengikut tema dasar laut.
------------------------------------
MENGAGUMKAN. Mungkin itulah perkataan yang dapat menggambarkan keghairahan para peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef peringkat Zon Selatan yang bersungguh-sungguh tampil dengan tema yang diberikan oleh pihak penganjur.

Ruang legar pasar raya Giant, Tampoi bukan sahaja meriah dengan kehadiran peserta dan orang ramai yang ingin memberi sokongan, bahkan hasil air tangan para peserta menjadi tarikan utama.

Warna biru yang menggambarkan air laut menjadi asas dalam kebanyakan hasil kreativiti para peserta. Bahkan hidupan laut seperti nemo, ikan duyung, tapak kaki sulaiman, kerang, terumbu karang, cengkerang siput dan sebagainya menghiasi kek dan biskut mereka.

Bagi pengusaha biskut, Rogayah Mat Taib, 55, dia menggunakan sumber laut sebagai bahan utama resipi biskutnya.

Daya kreativiti Rogayah jelas terlihat apabila berjaya mengadun bahan perasa tambahan, udang kering dengan tepung dan minyak jagung Daisy menjadi Biskut Keju Daisy Udang Asin.

Bentuk biskut juga tidak ketinggalan mengikut tema. Juara kategori biskut, Norulsakinah Mohammad Hanan menjadikan fizikal kerang sebagai ilham menghasilkan Biskut Kerang Mutiara Daisy. Wanita yang berusia 27 tahun itu menggunakan herba habbatus sauda sebagai bahan utama mencipta biskut tersebut sekali gus mengalahkan calon-calon lain. Paling ketara penggunaan tema laut adalah dalam kategori kek apabila setiap peserta pasti meletakkan hidupan laut dan batu karang sebagai fokus hiasan.

Animasi

Rata-rata peserta menjadikan filem animasi terbitan Hollywood, Finding Nemo sebagai rujukan utama. Peserta yang telah berpengalaman selama 13 tahun bekerja dalam bidang pembuatan kek, Rohazri Razali merupakan salah seorang menggunakan rujukan itu.

Satu-satunya peserta yang membawa kek terbesar seberat 3 kilogram, Rohazri menjadikan watak ikan badut itu sebagai titik fokus utama dalam resipi Kek Span Lautan Daisy.

IKAN duyung turut menjadi hiasan mengindahkan kek peserta.

---------------------

Bagi juara kategori itu, Misliha Juki dengan Kek Lemon Cheese Chocolate Rice Daisy benar-benar membawa pengunjung ke alam dasar lautan tatkala para pengunjung menatap keknya yang sudah siap dihias.

Pemilihan rona biru begitu dominan serta dekorasi lautan yang begitu terperinci dengan batu-batu karang melatari hiasan kek selain hidupan laut seperti ikan pari, siput dan ikan.

Menurut Misliha, dia mengambil masa hampir empat jam untuk membuat bentuk ikan pari yang menjadi tarikan kepada kek keju lemonnya itu.

Selain filem Finding Nemo, animasi klasik, The Little Mermaid turut menjadi pilihan Fadilah Mustafa, 49, dengan menjadikan karakter tersebut sebagai watak utama dekorasi Kek Coklat Moist D’la.

“Sebaik sahaja saya tutup kedai, saya akan menguli bahan untuk membuat hiasan bagi sirip duyung ini. Sirip sahaja memakan masa dua hingga tiga jam tidak termasuk hiasan lain,” ujarnya yang sudah 10 tahun terlibat dalam perniagaan berasaskan kek.

Beza

Terdapat juga beberapa peserta yang cuba keluar daripada penggunaan rona biru. Pelajar Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor (IHYPJ), Raja Mohd. Ameerul Raja Abdul Aziz, 19, memilih coklat sebagai warna utama.

Bentuk keknya yang berasaskan kayu manis juga berbeza apabila ia dipersembah dalam bentuk kepingan hirisan kek berbanding bulat atau petak.

“Saya mahu berikan kelainan kerana setiap kali perkataan kek disebut, bentuk bulat pasti terlintas di kepala. Tetapi saya masih mengekalkan tema laut dengan dekorasi yang kelihatan seperti dasar laut,” kata Ameerul yang sedang belajar tahun dua di IHYPJ.

Lain pula ceritanya dengan Rusnita Paiman, 33, yang mempersembahkan hasil terakhirnya yang kelihatan sedikit berbeza dengan peserta lain.

“Saya tidak tahu tema pertandingan peringkat Zon Selatan adalah dasar laut. Ketika sampai di sini, baru diberitahu mengenai perkara tersebut oleh Cef Liza.

“Mujur saya mendapat idea dan bahan-bahan pula dapat disediakan dengan pantas dan mudah,” kata Rusnita yang mencipta kek lobak dan coklat bertujuan menggalakkan kanak-kanak makan makanan berkhasiat.

Kek Rusnita berbentuk bintang itu menggunakan warna hijau dan merah jambu selain beberapa dekorasi berbentuk hidupan laut.

SERAMAI 30 orang peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef peringkat Zon Selatan bergambar bersama Chef Liza.

-----------------------------------
Cabaran Daisy Sehebat Chef peringkat Zon Selatan digamatkan lagi dengan celoteh deejay KLFM, Juliyana Hussain, 30.

Sebelum pertandingan bermula, Chef Liza Zainol selaku jurucakap Minyak Jagung Daisy mengadakan demonstrasi dua jenis masakan iaitu Biskut Kacang Daisy dan Kek Prune Wallnut selain berkongsi tip-tip masakan kepada peminat. Acara turut diserikan dengan persembahan daripada Ana Raffali dan juga rapper, Altimet yang menyanyikan lagu-lagu popular mereka selain persembahan kebudayaan Johor oleh kumpulan Sanggar Pengembangan.

Selain itu, acara mengukir buah oleh para pelajar dan pensyarah IHYPJ turut diadakan bagi menunjukkan teknik menghias. Menurut Ketua Kursus Kulinari IHYPJ, Mohd. Faizal Mohd Jaffar, 31, di institut itu terdapat dua jurusan yang ditawarkan iaitu Diploma Pengurusan Perhotelan dan Kursus Penyediaan Makanan dan Kulinari.

Di gerai Tupperware pula, Pengarah Tiga Bintang cawangan Bukit Indahnya, Aliyah Tahir, 51, berkata, pihak mereka mengadakan demonstrasi menggunakan produk Tupperware yang mesra pengguna.

“Kami juga menjalankan aktiviti menambah ahli selain memberi penerangan bagaimana bisnes Tupperware mampu menjadi sumber pendapatan kepada mereka,” ujarnya yang sudah 10 tahun terlibat dalam perniagaan itu.

Juara peringkat Zon Selatan bagi kategori kek dimenangi oleh Misliha manakala biskut pula, peserta dari Butterworth, Norulsakinah adalah individu bertuah membawa hamper Daisy dan wang tunai RM300.

Tuesday, July 19, 2011

CABARAN DAISY SEHEBAT CHEF - 17 JULAI 2011 - SHAH ALAM

Lapan finalis berentap dari kiri Faisal Baharom (kek) ,Norazaliza Awang (kek), Norulsakinah (biskut), Natrah (biskut), Zurinah (biskut), Misliha (kek) ,Mohd.Nawasi (kek) dan Mohamad Suhasman (biskut)
17hb Julai, 2011 
Hasilnya...kek ku

Saya hanya di beri masa 1 minggu dari tarikh tersebut untuk membuat persiapan.  Perserta di kehendaki menghadirkan diri ke bengkel Chef Liza pada 16hb. Julai 2011 dan pemarkahan akan bermula pada tarikh tersebut. 
Bersedia lagi 2 minit nak mula baking
Hari Raya merupakan tema yang di beri untuk pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef di Shah Alam Central, saya tidak mempunyai masa yang banyak, namun saya cuba sedaya upaya menyiapkan diri untuk membuat sebaik mungkin.

Sempat juga MC nie mengusik .... dalam debaran
Chef Liza menguji kepekatan adunan kek

Chef Erin sempat borak lagi tu...

Berlainan di Peringkat Zon Selatan dimana saya hanya menyiapkan kek yang telah siap di masak, manakala di peringkat akhir saya di kehendaki  mengadun, membakar, mendeko dan menyediakan meja makan untuk 2 orang tetamu dalam masa 2 jam.  Pada awal pembikinan mengadun saya agak relax, dan siap tepat pada waktunya. Tetapi bila waktu membakar oven saya mengalami masaalah, hati mula seriau takut lambat masak kek tersebut.  Walaupun agak lewat masak, saya bersyukur kek akhirnya masak dengan cantik.

Komen Juri sepanjang pembikinan kek saya telah mendapat full mark 'PERFECT' table setting pun sama 'PERFECT' saya lakukan dengan teliti kata Juri dan kek masak pun cantik, adunan yang belum di masukkan ke dalam oen, chef sempat merasa adunan tersebut an beliau komen sedap.  Lega rasanya bila mendengar komennya.  Tetapi saya telah melakukan beberapa kesilapan yang tanpa saya sedari sewaktu pembikinan kek.  Dimana saya meletakan resipi di atas oven dan penonton telah mengambil curi gambar resipi tersebut.  Saya di fahamkan resipi kami telah menjadi hak milik Daisy dan tidak di benarkan di siarkan di mana-mana bloggers.

Dalam kekalutan entah mengapa saya telah menyimpan kek saya ke dalam 3kg dryice, langsung saya tidak terfikir yang kek akan menjadi keras kerana terlalu banyak dryice di gunakan.  Bila sampai waktu mendeko saya dapati kek saya keras dan agak sukar untuk mendekonya.  Namun saya mencuba sebaik mungkin dengan perlahan-lahan. Masa di beri 1jam tak sempat nak defrost kek tersebut, aduh terpaksa deko juga akhirnya. Peringatan untuk diri saya dan juga sesiapa yang ingin melibatkan diri ke pertandingan sebegini jangan sekali-kali menyimpan kek di dalam dryice yang banyak.  Kesilapan paling besar yang saya lakukan sepanjang event berlangsung. Aduhai....terima sahaja lah. kesilapan yang telah di baut sendiri heheheheheh....
Hadiah Tupperware baru sampai 22 Julai, 2011 jam 3.00 petang, mana lah saya nak letak nie Oooo... 4 kotak besar2 tupperware agaknya Sakinah mesti penuh satu rumah ya Sakinah tupperware 5k katakan heheheheeh apa pun syukur alhamdulilah... AMIN
Selesai sudah Cabaran Daisy syukur alhamdulilah saya telah dinobatkan Naib Juara bahagian kek dan Juara bahagian table setting (dimana ini merupakan hadiah yang di rahsiakan oleh pihak penganjur) saya hanya mengetahui bila nama saya di umumkan Juara, banyak pengajaran yang di pelajari sepanjang saya melibatkan diri dalam Cabaran Daisy Sehebat Chef  bermula dari bengkel Chef Liza, minda kena terbuka menerima segala kritikan. Nasihat saya kepada sesiapa yang berhajat untuk menyertai cabaran sebegini, Jangan sesekali cepat merasa bangga bila orang kata produk kita sedap dan cantik kerana itu belum boleh menentukan produk kita sedap dan cantik di mata dan lidah JURI.

Hiasan JURI puji menarik dan bersesuaian dengan tema, dekorasi kek saya buat upin dan ipin manakala table setting  bersesuaian tema cake ‘English + Lemon Cheese Chocolate Rice Daisy’. Tak sangka ramai pulak supporter datang yang saya sendiri tidak mengenalinya.  Saya di fahamkan ada yang datang dari Johor.  Nie mesti gara-gara nak menyokong anak jati Johor nie kan.  Apa pun saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada supporter saya.  

Itu lah serba sedikit pengalaman saya yang boleh di kongsi bersama. Namun saya tetap bersyukur walaupun hanya di nobatkan NAIB JUARA., Ini merupakan hadiah untuk anak sulung saya ANIS, kerana sebelum ini ANIS tidak dapat berborak dengan saya melalui phone maupun skype kerana beliau berada di DUBLIN memandangkan kesibukan saya dalam persiapan utk pertandingan ini.

Terima kasih saya yang tidak terhingga pada keluarga, orang-orang di sekeliling saya yang tidak jemu-jemu memberi perangsang semangat kepada saya, sahabat2 suami saya.  yang amat memahami minat saya.  Kepuasan lebih penting di samping sokongan padu uols semua ‘LOVE U ALL’

CABARAN DAISY SEHEBAT CHEF - 10 JULAI 2011 - ZON SELATAN

Bermulanya mendeko
10hb Julai 2011 Cabaran Daisy sehebat Chef Di Johor Bahru
Pada awalnya setelah di khabarkan oleh seorang kawan mengenai pertandingan Cabaran Daisy sehebat Chef saya hanya mengambil sambil lewa sahaja bukan kerana tidak berminat tetapi memandangkan kesibukan masa dengan perkara-perkara lain, membuatkan saya agak terlupa mengenainya.  Selang beberapa minggu saya telah membeli KOSMO dan terbaca iklan tersebut, saya agak teruja untuk mencuba nasib, langsung tidak membuang masa saya terus menghubungi pihak KOSMO untuk menyertainya, selesai sahaja saya menghantar fax ke KOSMO, tiba-tiba saya di kejutkan dengan date line foto shoot utk Magazine, saya tidak dapat menyertai di Zon Tengah dengan tema Alam Fantasi pada minggu tersebut pada mulanya agak terkilan juga tetapi saya call En. Nizam orang yang bertanggungjawab mengenai Cabaran Daisy sehebat Chef bertanyakan untuk mencuba nasib ke Zon Selatan dengan tema “DASAR LAUT” Encik Nizam tidak dapat menjanjikan yang saya akan mendapat tempat di Zon Selatan. Ini memandangkan di Zon Selatan penyertaan di luar jangkaan sambutannya kerana di khabarkan pihak kolej Cullinary turut menghantar beberapa wakil.  Namun seperti biasa saya, walaupun penyertaan yang belum pasti saya tetap membuat persediaan dengan membuat serba sedikit apa yang di perlukan pada waktu pertandingan nanti. Saya hanya mendapat jawapan daripada En. Nizam agak lewat, saya amat memahami keadaan beliau yang terpaksa memilih peserta yang betul-betul berkelayakan namun saya tetap bersyukur kerana saya telah di beri peluang untuk menyertainya.  

hasil cake selepas di deko

bersama Chef Liza yang banyak memberi tip2 yang berfaedah juga
Madam Stela Pengurus Kosmo

mendengar taklimat sebelum bermulanya mendeko

Yeezza... tu dia bakal-bakal Chef yang berjaya suatu hari nanti

Syarat penyertaan, saya di kehendaki menyediakan 2 kek dengan resipi yang sama, salah satu kek tersebut telah siap di deko untuk para juri merasai kek tersebut manakala satu lagi kek kosong yang perlu di deko di waktu event berlangsung.  Pada malam tersebut saya hanya dapat melelapkan mata 2 jam sahaja, untuk menyediakan beberapa persiapan yang belum siap untuk di bawa ke JB esok. Perjalanan pada pagi itu agak perlahan memandangkan pada waktu itu hujan lebat sepanjang perjalanan, namun saya bersyukur saya selamat sampai ke JB tepat pada waktunya. Saya bermalam di JB.

Masa yang diberi untuk mendeko hanya 45 minit, Saya merupakan seorang yang menepati masa, saya akan pastikan sampai di Giant, Tampoi lebih awal dari masa yang di tetapkan, 10.30 saya selamat sampai di Giant, Tampoi, seperti biasa mendaftarkan diri dan mengambil apa yang perlu terus ke meja yang telah tersedia untuk mendeko.  Tepat jam 12.00 tengahari majlis di sajikan dengan acara memasak kek dan cookies bersama Chef Liza. Manakala majlis untuk mendeko bermula jam 3 petang, hati berdebar-debar menantikan saat-saat MC mengatakan sesi mendeko bermula.  Perasaan gemuruh tiba-tiba timbul bila melihat semakin ramai penggunjung sampai untuk menyaksikan Cabaran Daisy Sehebat Chef.   

Semasa acara mendeko bermula pihak Juri mengambil tugas untuk meneliti segala yang kami lakukan.  Sepanjang waktu mendeko hati saya agak tenang kerana di kelilingi orang-orang kuat saya (keluarga) saya especialy PA saya.  PA saya banyak membantu saya dalam segala hal.  Alhamdulilah saya dapat menyelesaikan tugas saya tepat pada waktunya. Juri tersenyum melihat dekorasi saya, namun saya belum merasa selesa kerana pesaing saya hebat-hebat belaka.  Juri telah menguji kek saya dengan mencucuk kek tersebut untuk memastikan adakah saya menggunakan 100% minyak Daisy.  Memandangkan kek saya akak tinggi 5in maka pisau yang di cucuk agak lambat sampai ke dasar papan kek.  
   
Tepat jam 5 petang pengumuman pemenang Cabaran Daisy Sehebat Chef bermula.  Ooooh tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan saya, namun pada fikiran saya menang dan kalah adat bertanding, saya menerima seadanya keputusan Juri.

Apabila kategori cookies telah di sebut pemenangnya, kami hanya menanti keputusan kategori kek pula.  Rezeki telah berpihak kepada saya apabila saya mempertaruhkan resipi Lemon Cheese Chocolate Rice Daisy telah mendapat tempat di hati Juri.  Saya di umumkan sebagai JUARA kategori kek.  Syukur Alhamdulilah yang tidak terhingga kerana saya tidak menyangka penyertaan last minit telah membawa tuah pada resipi saya juga tidak sia-sia penglibatan saya selama ini dalam bidang kek telah membuahkan hasil.  AMIN....AMIN...Syukur.  
Sesungguhnya kerja Allah yang menentukan saya amat bersyukur dengan kejayaan saya ini, dengan bantuan anak-anak saya juga PA saya Cik Shikin yang banyak membantu saya, dalam menyediakan segala persiapan untuk Cabaran Daisy ini.

Yeezzzzzaaa.......
Alhamdulilah Syukur....
Saya di nobatkan Juara dalam kategori Kek di Zon Selatan.  Manakala sahabat saya dari Penang Norulsakinah kategori biskut. Dengan kejayaan ini saya akan bertanding ke peringkat akhir di Shah Alam pada 17hb Julai 2011 di Shah Alam Central.

.../- bersambung ke episod akan datang...17HB JULAI 2011 DI SHAH ALAM CENTRAL

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Monday, July 11, 2011
KOSMO
PARA peserta bergambar bersama Chef Liza (berdiri enam dari kanan) dan Stella (berdiri lima dari kanan) pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Selatan di Giant Tampoi, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Kalangan pemenang pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Selatan dibolot oleh peserta luar apabila wakil dari Pulau Pinang, Norulsakinah Mohammad Hanan dan peserta dari Kuala Lumpur, Misliha Juki dinobatkan selaku juara kategori biskut dan kek di pasar besar Giant Tampoi di sini semalam.
Norulsakinah yang menempuh perjalanan lebih 800 kilometer dari Butterworth, menewaskan 14 lagi pesaing apabila Biskut Kerang Mutiara Daisy ciptaannya berjaya mencuri hati empat juri yang diketuai oleh Chef Liza Zainol dan anaknya, Chef Azrin Zainol serta dua wakil Kosmo!, Stella Abdullah selaku Pengurus Iklan Kosmo! dan Pengarang Rencana Kosmo!, Najibah Hassan.
Misliha, 46, yang merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat di Kuala Lumpur pula menjuarai kategori kek apabila taruhannya, Kek Keju Lemon Chocolate Rice Daisy mendapat markah tertinggi.
Misliha giat berlatih buat kek
Oleh MOHAMAD AIZIM
BAHARON berita@kosmo.com.my
MISLIHA membuat persiapan bahan-bahan yang akan digunakan bagi membuat kek resipinya menjelang Cabaran Daisy Sehebat Chef 211 peringkat akhir di Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – Kesibukan bekerja bukan halangan bagi Misliha Juki, 46, untuk membuat persiapan rapi menjelang Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat akhir yang berlangsung di Plaza Shah Alam, Selangor Ahad ini.
Menurut Misliha, selepas pertandingan di peringkat Zon Selatan, dia tidak sihat namun tetap bersemangat membuat persediaan dengan mengadakan simulasi pertandingan akhir di rumahnya.
“Semasa pertandingan nanti masa diberikan kepada peserta hanya dua jam sahaja untuk menyediakan resipi masing-masing.
--------------------------------------------------------------------------------
“Saya membuat persiapan ini supaya dapat menghasilkan resipi dalam tempoh masa yang ditetapkan itu,” katanya di sini semalam.
Misliha yang bekerja sebagai setiausaha syarikat di ibu negara berkata, dia yang akan tampil dengan kek resipinya yang sama ketika peringkat Zon Selatan, Kek Keju Lemon Chocolate Rice Daisy mengakui masih mencari idea untuk menghias kek tersebut kerana pada peringkat akhir peserta perlu mengikut tema Hari Raya Aidilfitri.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Monday, July 27 2011
KOSMO

Biru dan hidupan laut warnai Zon Selatan
COMEL. Biskut air tangan Norulsakinah berbentuk kerang yang dihasilkan bagi mengikut tema dasar laut.
--------------------------------------------------------------------------------
MENGAGUMKAN. Mungkin itulah perkataan yang dapat menggambarkan keghairahan para peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef peringkat Zon Selatan yang bersungguh-sungguh tampil dengan tema yang diberikan oleh pihak penganjur.
Ruang legar pasar raya Giant, Tampoi bukan sahaja meriah dengan kehadiran peserta dan orang ramai yang ingin memberi sokongan, bahkan hasil air tangan para peserta menjadi tarikan utama.
Warna biru yang menggambarkan air laut menjadi asas dalam kebanyakan hasil kreativiti para peserta. Bahkan hidupan laut seperti nemo, ikan duyung, tapak kaki sulaiman, kerang, terumbu karang, cengkerang siput dan sebagainya menghiasi kek dan biskut mereka.
Bagi pengusaha biskut, Rogayah Mat Taib, 55, dia menggunakan sumber laut sebagai bahan utama resipi biskutnya.
Daya kreativiti Rogayah jelas terlihat apabila berjaya mengadun bahan perasa tambahan, udang kering dengan tepung dan minyak jagung Daisy menjadi Biskut Keju Daisy Udang Asin.
Bentuk biskut juga tidak ketinggalan mengikut tema. Juara kategori biskut, Norulsakinah Mohammad Hanan menjadikan fizikal kerang sebagai ilham menghasilkan Biskut Kerang Mutiara Daisy. Wanita yang berusia 27 tahun itu menggunakan herba habbatus sauda sebagai bahan utama mencipta biskut tersebut sekali gus mengalahkan calon-calon lain. Paling ketara penggunaan tema laut adalah dalam kategori kek apabila setiap peserta pasti meletakkan hidupan laut dan batu karang sebagai fokus hiasan.

Animasi
Rata-rata peserta menjadikan filem animasi terbitan Hollywood, Finding Nemo sebagai rujukan utama. Peserta yang telah berpengalaman selama 13 tahun bekerja dalam bidang pembuatan kek, Rohazri Razali merupakan salah seorang menggunakan rujukan itu.
Satu-satunya peserta yang membawa kek terbesar seberat 3 kilogram, Rohazri menjadikan watak ikan badut itu sebagai titik fokus utama dalam resipi Kek Span Lautan Daisy.
IKAN duyung turut menjadi hiasan mengindahkan kek peserta.
----------------------------------------------------------------------------

È