Thursday, February 19, 2009

Simple Deco Turquoise Blue


Aduhai.... Mis's Creative Cakes betul-betul kekeringan idea untuk mendeco hari ini, termenung panjang mengadap sebiji cake ini begitu lama tak timbul-timbul idea mengapa .... mengapa .... dan mengapa ....!!! Saya sendiri kehairanan, sedangkan selalunya bila mula pegang nozel sahaja dah terbayang gaya corak bagaimana nak di ilustratkan pada sebuku cake...... sudah.... ??adakah saya sudah kehilangan mood untuk mendeco pada waktu ini, tak mungkin...tak mungkin.... kenapa ya.???

Nampak gaya Mis's Creative Cakes sudah tak creative nie...namun bila ku renung-renung lama cake ini... baru ku ingat memang betul mood saya memang tiada dek kerana cerita Indonesia "INTAN" jam 11.00 mlm tadi. Siapa yang mengikuti cerita itu mesti faham jalan cerita, Saya sedih sebab RADO teman lelaki Intan sudah buta mata sekarang. RADO ini seorang yang baik selalu membantu Intan bila ada kesusahan kerana Rado tidak mahu melihat kesusahan Intan.... sedih pula nak cerita ikutilah sendiri ya... tayangan setiap hari Astro 105 sekarang nie ceritanya agak sedih.

Ha... mood memainkan peranan penting dalam segala situasi sedih/marah dan sebagainya. Itu sebab Mis's Creative Cakes dah tak jadi creative lagi lah nie, deco di bawah tu pada pandangan saya yang agak kurang memuaskan hati saya. sedih....sedih.... walaupun ku bagi discount pada customer namu hati ini masih tak puas hati kerana kekurangan tarikan cake ini.

Apa pandangan anda, ku memerlukan pandangan Ikhlas dari anda semua, saya menerima segala teguran dengan hati terbuka, jangan risau saya tidak berkecil hati dengan teguran anda semua. kerana ini akan menjadikan semangat saya lebih berhati-hati untuk memperbaiki segala kesilapan saya.

No comments:

È